Tampilkan postingan dengan label jual. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label jual. Tampilkan semua postingan

Selasa, 12 Agustus 2014

Anak dakwa pelabur jual semula saham FGVH

Harakahdaily

Anis Nazri, 04 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa terdapat pemegang saham bertindak menjual semula saham mereka di Felda Global Ventures Holdings (FGVH) seleps dua hari ia disenaraikan.

Presidennya, Mazlan Aliman (gambar) berkata pihaknya dimaklumkan terdapat pelabur yang menjual semula saham mereka dalam FGVH selepas dinasihatkan pihak remisier (agen saham) sendiri.

Katanya, keadaan itu jelas menunjukkan tahap ketidakyakinan mereka kepada kedudukan FGVH biarpun tidak sampai dua minggu ia disenaraikan.

"Dalam urusniaga saham ini, mana-mana orang yang membeli saham jarang mahu menjual saham ketika masih di awal penyenaraian. Dan mereka juga hanya akan membeli saham syarikat yang benar-benar mantap.  Jadi perkara ini (jual semula) menunjukkan ketidakyakinan mereka terhadap FGVH," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Selain itu, tambah Mazlan, pihaknya juga dimaklumkan sebanyak 20 peratus saham yang diperuntukkan kepada mana-mana pihak yang berminat masih tidak dapat dipenuhi.

Malah, dakwa beliau kerajaan juga dikatakan melarang mana-mana syarikat yang membeli saham FGVH itu menjual saham mereka dalam tempoh enam bulan selepas penyenaraian.

Larangan tersebut difahamkan bagi memastikan kedudukan saham FGVH berada dalam keadaan stabil sepanjang enam bulan ini.

Atas sebab-sebab dan risiko sedemikianlah, Mazlan berkata Anak dari awal menentang penyenaraian FGVH yang berorientasikan perkhidmatan ini ke Bursa Kuala Lumpur.

Namun, segala yang diusahakan Anak tidak diberi perhatian oleh kerajaan biarpun telah menggunakan pelbagai saluran untuk mencari titik perbincangan.

Mazlan, bagaimanapun berkata masih tidak terlambat bagi kerajaan untuk membatalkan penyenaraian bagi memastikan nasib peneroka yang dipertaruhkan masih boleh diselamatkan.
ReadFull Article ..

Rabu, 01 Januari 2014

Jual Anak Kuat Menangis Pada Waktu Malam


Brazil – Iklan bayi untuk dijual hanya pada harga RM1,373 nyatamengejutkan orang ramai di Brazil.

Mereka tidak menyangka ada individu kejam yang sanggup menjual anak sendiri hanya disebabkan bayi itu dikatakan sering menangis pada waktu malam.

Iklan jual bayi itu dimuat naik dalam laman web OXL dan turut disertakan dalam iklan itu gambar bayi yang baru berusia beberapa bulan.

Bersama gambar itu turut ditulis kapsyen `kuat menangis, menyebabkan saya tidak dapat tidur, sedangkan saya perlu bekerja untuk menyara hidup’.

Bayi itu diiklankan di dalam ruang bayi serta kanak-kanak dan nombor untuk dihubungi turut disertakan dalam iklan itu.

Bagaimanapun OXL telah memadamkan iklan berkenaan selepas 12 jam ia berada dalam laman web berkenaan kerana menyalahi peraturan dengan muatnaik kandungan yang tidak sewajarnya.

Sehubungan itu, polis kini sedang mengesan individu terbabit yang memuat naik iklan berkenaan dan berdasarkan rekod OXL, tidak berlaku sebarang aktiviti jual beli bayi berkenaan.

“Kami sedang mengesan individu itu dan percaya dia menetap di Campos Eliseos. Alamat yang diberikan adalah palsu manakala nombor telefon pula tidak ada kaitan dengan kes ini,’’ kata polis.

Pihak berkuasa juga menyatakan bahawa OXL turut bersalah kerana membenarkan iklan dimuatnaik.

Meskipun OXL telah memadamkan entri berkenaan namun tidak ada jaminan bahawa gambar itu tidak akan dimuat naik dalam laman web yang lain.

OLX merupakan laman web jual beli yang terbesar di dunia dan urus niaganya berlaku di 107 negara.

Setiap bulan, lebih 100 juta pengguna menggunakan perkhidmat iklan percuma itu untuk tujuan beli dan jual barang.

OLX, mula beroperasi pada 2006 di Brazil, namun ia menegaskan tidak terlibat dengan sebarang transaksi melibatkan pengiklan dan pengguna yang menggunakan platform berkenaan.
ReadFull Article ..