Tampilkan postingan dengan label semula. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label semula. Tampilkan semua postingan

Selasa, 12 Agustus 2014

Anak dakwa pelabur jual semula saham FGVH

Harakahdaily

Anis Nazri, 04 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa terdapat pemegang saham bertindak menjual semula saham mereka di Felda Global Ventures Holdings (FGVH) seleps dua hari ia disenaraikan.

Presidennya, Mazlan Aliman (gambar) berkata pihaknya dimaklumkan terdapat pelabur yang menjual semula saham mereka dalam FGVH selepas dinasihatkan pihak remisier (agen saham) sendiri.

Katanya, keadaan itu jelas menunjukkan tahap ketidakyakinan mereka kepada kedudukan FGVH biarpun tidak sampai dua minggu ia disenaraikan.

"Dalam urusniaga saham ini, mana-mana orang yang membeli saham jarang mahu menjual saham ketika masih di awal penyenaraian. Dan mereka juga hanya akan membeli saham syarikat yang benar-benar mantap.  Jadi perkara ini (jual semula) menunjukkan ketidakyakinan mereka terhadap FGVH," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Selain itu, tambah Mazlan, pihaknya juga dimaklumkan sebanyak 20 peratus saham yang diperuntukkan kepada mana-mana pihak yang berminat masih tidak dapat dipenuhi.

Malah, dakwa beliau kerajaan juga dikatakan melarang mana-mana syarikat yang membeli saham FGVH itu menjual saham mereka dalam tempoh enam bulan selepas penyenaraian.

Larangan tersebut difahamkan bagi memastikan kedudukan saham FGVH berada dalam keadaan stabil sepanjang enam bulan ini.

Atas sebab-sebab dan risiko sedemikianlah, Mazlan berkata Anak dari awal menentang penyenaraian FGVH yang berorientasikan perkhidmatan ini ke Bursa Kuala Lumpur.

Namun, segala yang diusahakan Anak tidak diberi perhatian oleh kerajaan biarpun telah menggunakan pelbagai saluran untuk mencari titik perbincangan.

Mazlan, bagaimanapun berkata masih tidak terlambat bagi kerajaan untuk membatalkan penyenaraian bagi memastikan nasib peneroka yang dipertaruhkan masih boleh diselamatkan.
ReadFull Article ..

Selasa, 04 Februari 2014

Ibu Bertemu Semula Anak Selepas 30 Tahun


SAN DIEGO – Seorang lelaki yang telah dilarikan  bapanya sejak lebih tiga dekad lalu dan dibesarkan di Mexico, akhirnya bertemu semula dengan ibunya selepas dia ditangkap ketika cuba menyeberangi sempadan secara haram.

Meskipun David Barrick, 37, hanya boleh berbahasa Sepanyol, namun ia bukan halangan untuknya berkomunikasi dengan ibunya, Kathy Amaya yang hanya boleh bercakap bahasa Inggeris.

“Ibu sayangkan kau dan amat merindui mu. Ibu tidak akan biarkan kau pergi lagi,’’ itu kata-kata yang diluahkan Amaya selepas bertemu dengan anaknya di lapangan terbang San Diego.

Mereka berdua akan menghabiskan masa selama beberapa hari di San Diego sebelum balik ke Wisconsin di mana Amaya menetap ketika ini.

Amaya mempunyai empat anak yang lain, semuanya adalah adik tiri Barrick dan mereka semua tidak sabar lagi untuk bertemu dengan abang mereka itu.

Menurut Amaya, dia telah mencari anaknya itu selepas bekas suaminya membawa Barrick keluar dari rumahnya di Chicago. Biarpun dia mengetahui mereka berada di Mexico namun Amaya tidak mengetahui di mana kedua-duanya menetap.

Memandangkan dia tidak mempunyai wang, maka Amaya tidak mampu untuk mengupah seorang penyiasat persendirian.

Barrick dibesarkan oleh datuk dan neneknya serta tidak pernah mengetahui bahawa ibunya mencarinya selama ini.

“Bapa saya memberitahu bahawa ibu saya telah meninggalkan kami. Saya tidak mengetahui siapa ibu saya,’’ kata Barrick.

Dia ditangkap ketika menyeberangi sempadan secara haram pada 30 Oktober lalu di pantai San Diego.

Ketika ditangkap Barrick berkata dia dilahirkan di Amerika Syarikat, justeru dia berhak berada di situ. Pada mulanya pasukan penyiasat tidak mempercayai perkara itu.

Sehinggalah seorang seorang kakitangan di sempadan memaklumkan kepada Amaya mengenai anaknya itu.

Barrick dilahirkan di pada 1977, dan selepas bapanya menjadi seorang yang panas baran, ibu dan bapanya telah bercerai, ketika dia berusia setahun.

“Selepas beberapa ketika, bapa saya dibenarkan melawat saya dan pada suatu hari, dia terus membawa saya,’’ katanya.

Meskipun Amaya membuat laporan polis, namun selepas mengetahui bahawa Barrick berada bersama bapanya, pihak berkuasa tidak lagi bimbang.

Barrick dibawa ke Mexico bersama bapa dan ibu suadaranya dan kemudian meninggalnya bersama datuk dan neneknya.

Barrick juga hanya beberapa kali bertemu dengan bapanya dalam tempoh 30 tahun. Dia kini mahu memfokus untuk belajar bahasa inggeris dan akan mengembangkan bakat sebagai pemuzik.
ReadFull Article ..