Tampilkan postingan dengan label ibu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ibu. Tampilkan semua postingan

Minggu, 02 Maret 2014

Ikut Pesanan Ibu Elak Diganggu Makhluk Halus


Jika sebelum ini dikhabarkan pelakon filem Highland Tower telah dirasuk semasa menjalani penggambaran, syukur perkara sebegitu tidak berlaku kepada aktres jelita, Fasha Sandha.

Menurut pelakon berusia 29 tahun ini, sepanjang menjalani penggambaran filem terbarunya, Penanggal, dia langsung tidak berdepan dengan pelbagai kejadian misteri.

Fasha juga mengikut pesanan ibunya supaya sentiasa meminta izin sebelum melakukan apa-apa perkara terutamanya jika melibatkan aksi lakonan di dalam hutan.

“Saya hanya mengikut pesanan ibu yang selalu mengingatkan saya untuk meminta izin dahulu sebelum melakukan apa-apa perkara.

“Sebelum saya memulakan penggambaran, saya minta izin terlebih dahulu dengan berkata, saya minta maaf dan minta izin, saya sedang bekerja, mohon jangan ganggu saya,” katanya memetik laporan portal Gua.

Ibu kepada Putra Rayfal Ramli ini juga mengatakan dia tidak akan membuang sampah merata-rata dan akan sentiasa berhati-hati apabila berada di tempat asing.

Penanggal merupakan filem arahan pelakon berbakat besar, Ellie Suriaty yang turut dibintangi oleh Zul Ariffin dan Ummi Nazeera.

Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 28 November ini.

Oleh: AUDREY LEE
ReadFull Article ..

Selasa, 04 Februari 2014

Ibu Bertemu Semula Anak Selepas 30 Tahun


SAN DIEGO – Seorang lelaki yang telah dilarikan  bapanya sejak lebih tiga dekad lalu dan dibesarkan di Mexico, akhirnya bertemu semula dengan ibunya selepas dia ditangkap ketika cuba menyeberangi sempadan secara haram.

Meskipun David Barrick, 37, hanya boleh berbahasa Sepanyol, namun ia bukan halangan untuknya berkomunikasi dengan ibunya, Kathy Amaya yang hanya boleh bercakap bahasa Inggeris.

“Ibu sayangkan kau dan amat merindui mu. Ibu tidak akan biarkan kau pergi lagi,’’ itu kata-kata yang diluahkan Amaya selepas bertemu dengan anaknya di lapangan terbang San Diego.

Mereka berdua akan menghabiskan masa selama beberapa hari di San Diego sebelum balik ke Wisconsin di mana Amaya menetap ketika ini.

Amaya mempunyai empat anak yang lain, semuanya adalah adik tiri Barrick dan mereka semua tidak sabar lagi untuk bertemu dengan abang mereka itu.

Menurut Amaya, dia telah mencari anaknya itu selepas bekas suaminya membawa Barrick keluar dari rumahnya di Chicago. Biarpun dia mengetahui mereka berada di Mexico namun Amaya tidak mengetahui di mana kedua-duanya menetap.

Memandangkan dia tidak mempunyai wang, maka Amaya tidak mampu untuk mengupah seorang penyiasat persendirian.

Barrick dibesarkan oleh datuk dan neneknya serta tidak pernah mengetahui bahawa ibunya mencarinya selama ini.

“Bapa saya memberitahu bahawa ibu saya telah meninggalkan kami. Saya tidak mengetahui siapa ibu saya,’’ kata Barrick.

Dia ditangkap ketika menyeberangi sempadan secara haram pada 30 Oktober lalu di pantai San Diego.

Ketika ditangkap Barrick berkata dia dilahirkan di Amerika Syarikat, justeru dia berhak berada di situ. Pada mulanya pasukan penyiasat tidak mempercayai perkara itu.

Sehinggalah seorang seorang kakitangan di sempadan memaklumkan kepada Amaya mengenai anaknya itu.

Barrick dilahirkan di pada 1977, dan selepas bapanya menjadi seorang yang panas baran, ibu dan bapanya telah bercerai, ketika dia berusia setahun.

“Selepas beberapa ketika, bapa saya dibenarkan melawat saya dan pada suatu hari, dia terus membawa saya,’’ katanya.

Meskipun Amaya membuat laporan polis, namun selepas mengetahui bahawa Barrick berada bersama bapanya, pihak berkuasa tidak lagi bimbang.

Barrick dibawa ke Mexico bersama bapa dan ibu suadaranya dan kemudian meninggalnya bersama datuk dan neneknya.

Barrick juga hanya beberapa kali bertemu dengan bapanya dalam tempoh 30 tahun. Dia kini mahu memfokus untuk belajar bahasa inggeris dan akan mengembangkan bakat sebagai pemuzik.
ReadFull Article ..

Rabu, 01 Januari 2014

Tips Kahwin Muda Dan Cara Berhadapan Dengan Ibu Bapa Mertua





Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam lingkungan 20-24 tahun.


Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24 tahun.


Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-


1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.


2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.


3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.


4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.


5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.


6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.


7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi ‘membeli’ kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.


8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.


9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.
ReadFull Article ..