Rabu, 01 Januari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » » Saya Pernah Lihat Zahida Rafik Masukkan RM1 Juta Tunai!!

Saya Pernah Lihat Zahida Rafik Masukkan RM1 Juta Tunai!!

Wednesday, May 16, 2012

Share

Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik hari ini tampil mendakwa bahawa beliau pernah menemani aktres itu untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Shafie Apdal.

Noor Azman Azemi (gambar, tengah) yang muncul kali pertama di khalayak umum berkata berkata jumlah tersebut merupakan jumlah paling tinggi yang pernah dibawa untuk dimasukkan dalam akaun milik Zahida, pada tahun lalu.

"Yang paling rendah sebanyak RM100,000... Saya tak tahu dalam beg ada RM 1juta. Itu nilai paling tinggi," katanya sambil mengesahkan ia dibawa masuk ke dalam bank dalam bentuk tunai.

Noor Azman menjadi perhatian selepas membuat laporan polis pada 13 Mac sebagai reaksi atas dakwaan beliau melarikan diri dengan wang Zahida sebanyak RM200,000.

Laporan polis itu didedahkan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pada 18 April.

Zahida dan Shafie bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang.

Nama Noor Azman menjadi perhatian apabila PKR pada 18 April lalu mengetengahkan laporan polis mendakwa Shafie Apdal membayar sehingga RM1.5 juta kepada Zahida dalam tempoh empat bulan "hubungan intim" mereka.

Pengerusi Biro Guaman PKR Latheefa Koya berkata setakat ini pihaknya tidak membuat laporan polis kerana anak guamnya tidak mengenali individu yang dimaksudkan.

Sementara itu, ibu saudara kepada Noor Azman - penyanyi popular 80 dan 90an, Dayangku Intan - rumahnya turut diganggu oleh individu yang tidak dikenali.

"Mereka datang jerit-jerit. Ia terus ada sehingga jam dua, tiga, empat pagi. Macam kita pelarian, macam orang bersalah," katanya dengan nada kecewa.

Penyanyi terkenal itu berkata lagi kad pengenalan Noor Azman menggunakan alamat rumahnya.
JALAN PULANG

Tidak ada komentar:

Posting Komentar