Senin, 17 Februari 2014

Piala AFF Suzuki Pintu masuk berasingan untuk penyokong



KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini menetapkan pintu masuk dan tempat letak kereta berasingan untuk penyokong Malaysia dan Indonesia datang menyaksikan perlawanan akhir pusingan pertama Bola Sepak Piala AFF-Suzuki 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok.

Penyokong Malaysia perlu menggunakan pintu masuk berwarna kuning, merah dan hijau ke stadium, manakala penyokong Indonesia dikhaskan pintu biru dan ungu.



Tempat letak kenderaan A, B dan C pula adalah bagi penyokong Malaysia, dan kawasan D serta E untuk penyokong Indonesia.

Penyokong kedua-dua pasukan diminta mematuhi ketetapan itu. – Bernama


Siapa yang menang????
ReadFull Article ..

Minggu, 16 Februari 2014

Lelaki Kehilangan 2 Kaki Sebab Doktor Silap Potong

  10 Okt 2013

 
 Ilustrasi
Rio de Janeiro, - Sungguh menyedihkan! Seorang pesakit di Brazil terpaksa kehilangan kedua kakinya gara-gara para doktor salah potong kakinya.

Insiden ini terjadi di rumah sakit Pedro Ernesto University Hospital di kota Rio de Janeiro. Jurucakap rumah sakit tersebut, Marilda Santos mengatakan, para doktor seharusnya memotong kaki kanan Antonio Cesar Victorio.

Lelaki  pengidap diabetes yang mengalami kerosakan ginjal itu, memiliki luka di kaki kanannya. Luka tersebut telah terinfeksi dengan sangat parah sehingga kaki kanannya terpaksa dipotong.

Namun di meja pembedahan, para doktor memotong kaki kirinya, bukan kaki kanan.

"Ketika anak perempuan pesakit mengatakan pada para doktor bahawa mereka telah memotong kaki yang salah, kemudian mereka juga memotong kaki satu lagi," tutur Santos seperti dilansir News.com.au, Khamis (10/10/2013).

Ketika ini, pihak rumah sakit masih berusaha  memastikan apakah para doktor telah melakukan malpraktek atau mereka "memotong kaki kiri kerana kaki itu juga sudah dijangkiti."

Atas kejadian ini, pihak keluarga pesakit tidak terima. Keluarga pesakit merancang menyaman pihak rumah sakit. detikNews
ReadFull Article ..

Sabtu, 15 Februari 2014

Dua Rakan Temui Ajal Bersama

Maut

DUNGUN – “Sebaik sampai di tempat kejadian, saya lihat dua mayat terbujur kaku, salah seorangnya mungkin adik saya tetapi saya tak sampai hati nak tengok kerana keadaannya amat menyayat hati.”
Itu luahan Ahmad Syahir Abdul Razak, 32, abang kepada seorang mangsa nahas, Abdul Hadi, 18.
Abdul Hadi ialah bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Mas maut di tempat kejadian akibat cedera parah selepas motosikal ditunggang dipercayai bertembung dengan motosikal rakannya, Fahmi Nizamuddin Yazid, 18, yang turut menemui ajal di tempat kejadian, malam semalam.
Ketika kejadian, Abdul Hadi difahamkan baru pulang dari sebuah warung berdekatan untuk menghantar nasi ayam dibelikannya ke rumah tetapi keluar semula sebelum dia kemalangan, kira-kira jam 9.50 malam di Jalan Sultan Zainal Abidin 2, dekat sini.
Menurut Ahmad Syahir, adik lelakinya itu baru tamat tingkatan lima dan kini sedang menunggu jawapan untuk menyambung pelajaran ke politeknik.
Mahu sambung pelajaran
Katanya, arwah amat meminati kerjaya sebagai juruukur dan menaruh harapan tinggi agar permohonannya untuk menyambung pelajaran diterima.
“Sebelum kejadian, saya sempat bertemu arwah buat kali terakhir di rumah keluarga, kira-kira jam 2.30 petang dan tiada sebarang perubahan pelik sebagai petanda ditunjukkannya.
“Ketika berada di rumah di Cheneh, saya menerima panggilan telefon daripada seorang rakan memaklumkan adik yang juga anak bongsu daripada lapan beradik kemalangan.
“Tak sangka pula dia menemui ajal sebab baru petang tadi (semalam) kami berjumpa,” katanya.
Hubungan amat rapat
Rakan arwah Abdul Hadi, Taqiyuddin Che Soh, 22, pula berkata, arwah seorang remaja yang aktif dan dia mengikuti kelas Silat Cekak pada setiap Rabu di Institut Kemahiran Ranako, Kemaman.
“Kali terakhir saya jumpa arwah adalah malam Rabu lalu sewaktu mengikuti sesi latihan.
“Ketika itu tak nampak sebarang perubahan pada dirinya, memang terkejut apabila saya terima panggilan telefon kata dia meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan,” katanya.
Mangsa kedua, Fahmi Nizamuddin pula dimaklumkan bapanya, Yazid Harun, 50, adalah teman akrab kepada Abdul Hadi dan hubungan mereka dikatakan amat rapat sejak akhir-akhir ini.
Yazid yang masih kelihatan sugul dengan pemergian anak lelakinya itu berkata, arwah bakal mendaftar masuk dalam jurusan asasi kejuruteraan di Kolej TATIUC, Kemaman pada 30 Jun nanti.
Katanya, kedua-dua mangsa berhasrat untuk tidak menyambung pelajaran di tingkatan enam, sebaliknya ingin meneruskan pengajian di kolej.
“Dia nak masuk belajar hujung bulan nanti, malangnya hasrat arwah tidak kesampaian.
“Apa pun saya reda dengan pemergiannya,” kata Yazid yang bertugas sebagai pembantu pertanian di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut bagi mengesahkan punca kematian.
Jenazah dua remaja terbabit kemudiannya dibawa pulang ke kampung mereka di Al Mukthtafi Billah Shah, awal pagi semalam.
Hadir sama menziarahi jenazah, Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian berkenaan dan kes masih dalam siasatan pihak polis. – Sinar Harian Online
ReadFull Article ..

Jumat, 14 Februari 2014

Inilah Mobil Pemadam Kebakaran Terkecil di Dunia

Inilah Mobil Pemadam Kebakaran Terkecil di Dunia

Kebakaran sering terjadi di permukiman pada penduduk, yang sulit dilewati, atau bahkan gang kecil yang kadang menyulitkan pemadam kebakaran.

Hal ini mungkin dapat diatasi dengan mobil pemadam kebakaran unik asal Lincolnshire, Inggris. Yang dirancang selama 4 bulan untuk menjadi mobil pemadam kebakaran terkecil di dunia.

Mobil ini merupakan tinjauan modifikasi mobil Reliant Robin, yang merupakan mobil klasik langka yang hanya memiliki 3 roda dengan bentuknya yang ramping.

Mobil Reliant Robin Yang Asli
Mobil Reliant Robin
“Mobil pemadam yang kecil akan memudahkan proses pemadaman. Tidak ada kendaraan yang lebih kecil dari Reliant Robin, kecuali sepeda.” - John Ward, si pemodif mobil.
Meskipun kecil, mobil ini telah dimodifikasi sedemikian rupa dengan enam meriam air. Dua di atap, dua di kap mesin dan sisanya di belakang mobil dengan tangki yang mampu terisi hingga 50 liter.

Tidak sampai di situ, mobil merah ini juga dilengkapi tanggap penyelamatan dan sirine. Serta lonceng dari kuningan yang membuatnya benar-benar seperti mobil pemadam kebakaran.

Mobil Reliant Robin ini mampu memuat 2 petugas pemadam di jok depan dan melaju hingga kecepatan 96 km/jam.

Cocok gak ya digunakan di Indonesia?
ReadFull Article ..

Kamis, 13 Februari 2014

Bapa belasah anak gadisnya kerana engan berkahwin


SELASA, 17 APRIL 2012



KUALA LUMPUR - Kahwin atau dibunuh itu kata dua diberikan seorang bapa kepada anak perempuannya yang dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihannya ketika berbincang di rumah mereka di Kepong Baru, dekat sini Ahad lalu.

Malah, lebih kejam wanita berusia 27 tahun terbabit turut dipukul sebelum dihalau keluar selepas mangsa tidak bersetuju dengan rancangan bapanya berusia 50-an yang ingin menjodohkan dengan lelaki tidak dikenalinya.

Akibatnya, mangsa menumpang di rumah rakannya sebelum dinasihatkan membuat laporan polis.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa yang pulang ke rumah jam 9 malam dipanggil ibu bapanya ke ruang tamu untuk berbincang sesuatu.

“Mangsa pada mulanya menolak secara baik permintaan keluarganya itu tambahan dia tidak mengenali bakal suami. Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila si bapa memarahinya,” katanya.

Sumber berkata, terkejut dengan sikap bapanya itu, mangsa memberitahu dia tidak bersedia untuk berkahwin tambahan belum mengenali hati budi bakal suaminya.

“Geram anaknya enggan bersetuju dengan rancangan perkahwinan itu, lelaki terbabit yang gagal mengawal kemarahan menampar pipi mangsa beberapa kali.

“Malah, bagaikan dirasuk, anaknya dipukul menyebabkan mangsa yang kesakitan merayu dilepaskan,” katanya.

Menurutnya, mujur ibu mangsa membantu dan meminta suami bersabar dan memujuk anaknya supaya bersetuju dengan perkahwinan terbabit.

“Si bapa yang masih marah memberi kata dua kepada mangsa sama ada dia bersetuju untuk berkahwin atau dibunuh.

“Namun, mangsa berdegil dan memberitahu dia enggan berkahwin menyebabkan bapanya menghalaunya dari rumah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dijalankan.
ReadFull Article ..

Rabu, 12 Februari 2014

Suarez Mungkin Pilih Arsenal

Suarez Mungkin Pilih Arsenal

PENYERANG Liverpool, Luis Suarez diberitakan kemungkinan besar akan menyertai Arsenal.
Sememangnya bukan rahsia lagi, Suarez berhasrat untuk meninggalkan Anfield sekaligus menimbulkan spekulasi kelab mana yang bakal menjadi pilihannya – sama ada Chelsea, Real Madrid atau Arsenal.
Bagaimanapun menurut seorang wartawan yang rapat dengannya, Martin Charquero, Suarez hampir pasti akan memilih Stadium Emirates sebagai destinasinya selepas ini.
Telahan ini diperkuatkan dengan status Twitter Charquero malam tadi yang berbunyi: ‘Luis Suarez is very close to Arsenal’.
Oleh: REM RAMZI
Sumber: Metro.co.uk
ReadFull Article ..

Selasa, 11 Februari 2014

Thai Ngoc lelaki aneh tidak tidur 30 tahun lebih

 
Lelaki Vietnam ini tak boleh tidur sejak menderita demam pada tahun 1973. Menurut media Vietnam, Thanh Nien, dia mengklaim tak pernah tidur selama 33 tahun. Selama itu, Thai Ngoc atau Hai Ngoc yang dilahirkan tahun 1942 ini menggunakan waktu luangnya di malam hari untuk mengurusi lahan pertaniannya atau ronda menjaga lahannya dari pencuri. Ngoc memiliki lahan pertanian seluas 5 hektar yang terletak di wilayah kaki gunung di Que Trung, distrik Que Son, Thailand. Sehari-hari Ngoc sibuk bertani dan mengurusi hewan-hewan ternaknya, seperti ayam dan babi.

Anehnya, kesihatan Ngoc tidak terpengaruh dengan kebiasaan tidak boleh tidur tersebut. Isterinya pernah membawa Ngoc untuk memeriksakan kesihatannya dan doktor menyatakan, secara keseluruhan kondisi Ngoc sehat. Kecuali, ada sedikit masalah pada fungsi hatinya, namun tidak serius.

"Saya tidak tahu apakah insomnia yang saya alami mempengaruhi kesihatan saya atau tidak. Tapi saya merasa tetap sihat dan boleh bertani seperti yang lainnya," ucap Ngoc.  Lelaki itu bahkan mengaku setiap harinya masih mampu membawa 50 kg karung pupuk sambil berjalan turun gunung sejauh 4 km
ReadFull Article ..