Tampilkan postingan dengan label kerana. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kerana. Tampilkan semua postingan

Rabu, 19 Februari 2014

Kelompok Pencuri Ditangkap Kerana Posting Foto di Internet

Sabtu, 27 April 2013
Foto pencuri yang dipajang di Facebook (Foto: Daily Mail)
Foto pencuri yang dipamer di Facebook

 (Foto: Daily Mail)

LONDON – Sekelompok pencuri kereta mewah diEngland  ditangkap polis setelah memposting foto bersama barang-barang curiannya ke jejaring sosial Facebook.

Geng penjenayah yang memiliki kepakaran pencurian kereta mewah seperti BMW, Range Rover, Porsche, dan Mercedes ini, bertinjauan ditangkap setelah salah seorang pelaku memposting fotonya ke facebook yang sedang duduk di kap kereta tinjauan curiannya.

Salah seorang jurucakap pihak  polis  mengatakan bahawa kedelapan lelaki itu sering berbohong di facebook mengenai kekayaannya. Pemuda-pemuda itu sering memposting foto-foto yang menggambarkan kekayaan mereka padahal hartanya itu didapatkan dengan mencuri. Demikian seperti dikutip dari Daily Mail, Sabtu (27/4/2013).

Ada beberapa foto yang memperlihatkan mereka duduk di atas kereta curian, sambil minum sampanye, memakai Rolex, dan berpose dengan tumpukan wang.

Bahkan dalam salah satu foto yang dilakukan, Conor Murphy, ini terlihat sedang menggigit wang di dalam dua potong roti, seperti sedang memakan roti isi. (faj)okezone.com
ReadFull Article ..

Kamis, 13 Februari 2014

Bapa belasah anak gadisnya kerana engan berkahwin


SELASA, 17 APRIL 2012



KUALA LUMPUR - Kahwin atau dibunuh itu kata dua diberikan seorang bapa kepada anak perempuannya yang dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihannya ketika berbincang di rumah mereka di Kepong Baru, dekat sini Ahad lalu.

Malah, lebih kejam wanita berusia 27 tahun terbabit turut dipukul sebelum dihalau keluar selepas mangsa tidak bersetuju dengan rancangan bapanya berusia 50-an yang ingin menjodohkan dengan lelaki tidak dikenalinya.

Akibatnya, mangsa menumpang di rumah rakannya sebelum dinasihatkan membuat laporan polis.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa yang pulang ke rumah jam 9 malam dipanggil ibu bapanya ke ruang tamu untuk berbincang sesuatu.

“Mangsa pada mulanya menolak secara baik permintaan keluarganya itu tambahan dia tidak mengenali bakal suami. Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila si bapa memarahinya,” katanya.

Sumber berkata, terkejut dengan sikap bapanya itu, mangsa memberitahu dia tidak bersedia untuk berkahwin tambahan belum mengenali hati budi bakal suaminya.

“Geram anaknya enggan bersetuju dengan rancangan perkahwinan itu, lelaki terbabit yang gagal mengawal kemarahan menampar pipi mangsa beberapa kali.

“Malah, bagaikan dirasuk, anaknya dipukul menyebabkan mangsa yang kesakitan merayu dilepaskan,” katanya.

Menurutnya, mujur ibu mangsa membantu dan meminta suami bersabar dan memujuk anaknya supaya bersetuju dengan perkahwinan terbabit.

“Si bapa yang masih marah memberi kata dua kepada mangsa sama ada dia bersetuju untuk berkahwin atau dibunuh.

“Namun, mangsa berdegil dan memberitahu dia enggan berkahwin menyebabkan bapanya menghalaunya dari rumah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dijalankan.
ReadFull Article ..

Sabtu, 01 Februari 2014

Abby Abady disekolahkan pengguna Twitter kerana persoalkan Hari Malaysia



Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan dalam akaun twitter peribadinya telah mempersoalkan Hari Malaysia. Beliau juga cuba mengaitkan Hari bersejarah tersebut dengan politik. Beliau mendakwa jika percaya kepada parti tersebut, bermakna anda menempah bala dunia/akhirat.

Kenyataan itu telah mendapat kritikan dan teguran daripada pengguna Twitter. Abby juga sebelum ini telah banyak mewujudkan kontroversi melalui twitter milik beliau. Antara kritikan pengguna Twitter:





ReadFull Article ..