Jumat, 14 Februari 2014

Inilah Mobil Pemadam Kebakaran Terkecil di Dunia

Inilah Mobil Pemadam Kebakaran Terkecil di Dunia

Kebakaran sering terjadi di permukiman pada penduduk, yang sulit dilewati, atau bahkan gang kecil yang kadang menyulitkan pemadam kebakaran.

Hal ini mungkin dapat diatasi dengan mobil pemadam kebakaran unik asal Lincolnshire, Inggris. Yang dirancang selama 4 bulan untuk menjadi mobil pemadam kebakaran terkecil di dunia.

Mobil ini merupakan tinjauan modifikasi mobil Reliant Robin, yang merupakan mobil klasik langka yang hanya memiliki 3 roda dengan bentuknya yang ramping.

Mobil Reliant Robin Yang Asli
Mobil Reliant Robin
“Mobil pemadam yang kecil akan memudahkan proses pemadaman. Tidak ada kendaraan yang lebih kecil dari Reliant Robin, kecuali sepeda.” - John Ward, si pemodif mobil.
Meskipun kecil, mobil ini telah dimodifikasi sedemikian rupa dengan enam meriam air. Dua di atap, dua di kap mesin dan sisanya di belakang mobil dengan tangki yang mampu terisi hingga 50 liter.

Tidak sampai di situ, mobil merah ini juga dilengkapi tanggap penyelamatan dan sirine. Serta lonceng dari kuningan yang membuatnya benar-benar seperti mobil pemadam kebakaran.

Mobil Reliant Robin ini mampu memuat 2 petugas pemadam di jok depan dan melaju hingga kecepatan 96 km/jam.

Cocok gak ya digunakan di Indonesia?
ReadFull Article ..

Kamis, 13 Februari 2014

Bapa belasah anak gadisnya kerana engan berkahwin


SELASA, 17 APRIL 2012



KUALA LUMPUR - Kahwin atau dibunuh itu kata dua diberikan seorang bapa kepada anak perempuannya yang dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihannya ketika berbincang di rumah mereka di Kepong Baru, dekat sini Ahad lalu.

Malah, lebih kejam wanita berusia 27 tahun terbabit turut dipukul sebelum dihalau keluar selepas mangsa tidak bersetuju dengan rancangan bapanya berusia 50-an yang ingin menjodohkan dengan lelaki tidak dikenalinya.

Akibatnya, mangsa menumpang di rumah rakannya sebelum dinasihatkan membuat laporan polis.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa yang pulang ke rumah jam 9 malam dipanggil ibu bapanya ke ruang tamu untuk berbincang sesuatu.

“Mangsa pada mulanya menolak secara baik permintaan keluarganya itu tambahan dia tidak mengenali bakal suami. Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila si bapa memarahinya,” katanya.

Sumber berkata, terkejut dengan sikap bapanya itu, mangsa memberitahu dia tidak bersedia untuk berkahwin tambahan belum mengenali hati budi bakal suaminya.

“Geram anaknya enggan bersetuju dengan rancangan perkahwinan itu, lelaki terbabit yang gagal mengawal kemarahan menampar pipi mangsa beberapa kali.

“Malah, bagaikan dirasuk, anaknya dipukul menyebabkan mangsa yang kesakitan merayu dilepaskan,” katanya.

Menurutnya, mujur ibu mangsa membantu dan meminta suami bersabar dan memujuk anaknya supaya bersetuju dengan perkahwinan terbabit.

“Si bapa yang masih marah memberi kata dua kepada mangsa sama ada dia bersetuju untuk berkahwin atau dibunuh.

“Namun, mangsa berdegil dan memberitahu dia enggan berkahwin menyebabkan bapanya menghalaunya dari rumah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dijalankan.
ReadFull Article ..

Rabu, 12 Februari 2014

Suarez Mungkin Pilih Arsenal

Suarez Mungkin Pilih Arsenal

PENYERANG Liverpool, Luis Suarez diberitakan kemungkinan besar akan menyertai Arsenal.
Sememangnya bukan rahsia lagi, Suarez berhasrat untuk meninggalkan Anfield sekaligus menimbulkan spekulasi kelab mana yang bakal menjadi pilihannya – sama ada Chelsea, Real Madrid atau Arsenal.
Bagaimanapun menurut seorang wartawan yang rapat dengannya, Martin Charquero, Suarez hampir pasti akan memilih Stadium Emirates sebagai destinasinya selepas ini.
Telahan ini diperkuatkan dengan status Twitter Charquero malam tadi yang berbunyi: ‘Luis Suarez is very close to Arsenal’.
Oleh: REM RAMZI
Sumber: Metro.co.uk
ReadFull Article ..

Selasa, 11 Februari 2014

Thai Ngoc lelaki aneh tidak tidur 30 tahun lebih

 
Lelaki Vietnam ini tak boleh tidur sejak menderita demam pada tahun 1973. Menurut media Vietnam, Thanh Nien, dia mengklaim tak pernah tidur selama 33 tahun. Selama itu, Thai Ngoc atau Hai Ngoc yang dilahirkan tahun 1942 ini menggunakan waktu luangnya di malam hari untuk mengurusi lahan pertaniannya atau ronda menjaga lahannya dari pencuri. Ngoc memiliki lahan pertanian seluas 5 hektar yang terletak di wilayah kaki gunung di Que Trung, distrik Que Son, Thailand. Sehari-hari Ngoc sibuk bertani dan mengurusi hewan-hewan ternaknya, seperti ayam dan babi.

Anehnya, kesihatan Ngoc tidak terpengaruh dengan kebiasaan tidak boleh tidur tersebut. Isterinya pernah membawa Ngoc untuk memeriksakan kesihatannya dan doktor menyatakan, secara keseluruhan kondisi Ngoc sehat. Kecuali, ada sedikit masalah pada fungsi hatinya, namun tidak serius.

"Saya tidak tahu apakah insomnia yang saya alami mempengaruhi kesihatan saya atau tidak. Tapi saya merasa tetap sihat dan boleh bertani seperti yang lainnya," ucap Ngoc.  Lelaki itu bahkan mengaku setiap harinya masih mampu membawa 50 kg karung pupuk sambil berjalan turun gunung sejauh 4 km
ReadFull Article ..

Senin, 10 Februari 2014

Pati Mati Kebuluran Ditembak Dan Dilayan Seperti Haiwan Media Filipina

Pati Mati Kebuluran,Ditembak Dan Dilayan Seperti Haiwan-Media Filipina


LAPORAN media Filipina terutamanya Inquirer.net yang mendakwa pasukan keselamatan Malaysia terutamanya polis bertindak kejam terhadap rakyat Filipina di Sabah adalah satu tuduhan yang amat berat dan menjejaskan imej negara.

Dalam laporan itu, beberapa individu ditemubual wartawan Inquirer.net mendakwa pasukan polis ketika melakukan operasi mengesan militan Sulu di kawasan perkampungan di Sandakan bertindak ganas dengan mengarahkan lelaki Filipina berlari sebelum menembak mati mereka.

Malah laporan bertarikh 10 Mac dengan tajuk We’re treated like animals (Kami dilayan seperti binatang) itu jelas berniat jahat kerana hanya mengambil testimoni dari beberapa individu, tanpa kenyataan rasmi pejabat kedutaan Malaysia di Manila.


Laporan itu menyebut seorang wanita, Amira Taradji, 32, Jumaat lalu, melalui detik-detik hitam dalam hidupnya kerana mendakwa adiknya, Jumadil ditembak mati oleh polis.

Inquirer.net turut memuatkan Amira menyebut sebahagian lelaki yang ditahan, walaupun sudah menunjukkan dokumen imigresen, tetap ditembak mati.

Lebih teruk lagi, wanita ini turut mendakwa warga Filipina di pusat tahanan tidak diberikan makanan dan ada antara mereka mati kebuluran.

Memberi respons kepada laporan media Filipina ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, laporan itu tidak benar, dan menegaskan ia boleh mengeruhkan hubungan kedua-dua negara.

Katanya, tiada laporan daripada mana-mana pihak di Sabah mengadu pasukan keselamatan bertindak kejam kepada pendatang Filipina.

Selain itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib turut menafikan laporan media Filipina itu.

Beliau juga menafikan dakwaan warga Filipina dibunuh di Sandakan, selain dari kumpulan yang terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu dan Semporna.

Ekoran laporan media Filipina ini, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor menyarankan kerajaan Malaysia mengambil tindakan undang-undang kerana tuduhan itu jelas satu fitnah dan tidak berasas.-Sinar Harian
ReadFull Article ..

Minggu, 09 Februari 2014

Beg Tangan Yang Diinspirasi Dari Klip Kertas


Zaman kini pelbagai jenis rekaan, saiz dan bentuk beg tangan wanita yang boleh didapati di pasaran.

Rekaannya juga tidak lagi terikat dengan bentuk konvensional malah telah diolah serta disesuaikan untuk setiap jenis beg yang ditinjauankan itu.

Baru-baru ini, terdapat syarikat pengeluar beg tangan wanita yang tampil dengan idea menarik apabila mengeluarkan beg yang diinspirasikan daripada klip kertas.

Unik bukan?

Beg ini sekali pandang macam klip kertas yang bersaiz berkali ganda besarnya.

Tempat pemegangnya pun dibuat seakan-akan besi pengepit untuk menjadikannya kelihatan unik dan menarik.

Beg tangan jenis ini sangat sesuai digunakan untuk tujuan bekerja dan formal.



Oleh: AUDREY LEE
ReadFull Article ..

Sabtu, 08 Februari 2014

Unik Gorila Ini Hobi Akrobat Tali

 27 Mac 2013 catatan idahsalam


TEMPO.CO, Krefeld - Ada pemandangan unik di Zoo Krefeld di Jerman. Salah satu penghuninya, Kidogo si gorila, mempunyai kemampuan mirip pemain akrobat. "Kidogo terlihat beberapa kali meniti tali di dalam kandangnya," ujar pawang, Jumaat, 4 Januari 2013.

Kemampuan unik itu baru muncul beberapa hari terakhir. Sebelumnya Kidogo selalu murung. Sejak dipindahkan pada Mac tahun lalu, gorila punggung perak itu merindukan kampung halamannya di Zoo  Givskud di Denmark.

Pawang sempat perihatin melihat kera besar 12 tahun itu malas berbuat apa-apa di dalam kandang. Berbagai cara dilakukan para pawang untuk menghibur Kidogo. Salah satunya adalah memasang seutas tali di dalam kandangnya.

Maksud awal pemasangan tali itu supaya boleh digunakan Kidogo untuk bergayut. "Tetapi kami kagum ketika ia memanjat dan mulai berjalan di atas tali," ujar pawang.

Kidogo diangkut ke Jerman untuk menggantikan peran Massa, seekor gorila jantan yang mandul. Namun, sejak dipindahkan ia tampak tidak antusias dan tidak betah di rumah barunya.

Untungnya, pemasangan tali bertinjauan mengalihkan perhatian Kidigo dari kampung halaman. Kini gorila itu tidak pernah lagi terlihat bersedih.

Kidogo adalah gorila dataran rendah khas penghuni kawasan Afrika Barat. Para pawang mengggelarnya "Si Raja Kodo". Kidogo tinggal dalam sebuah kandang ditemani dua gorila betina, yaitu Muna, 23 tahun, dan Oya, 24 tahun.

Kemampuan Kidogo memanjat dan meniti tali mengundang perhatian ramai pengunjung. Gorila ini bahkan mulai dibandingkan dengan Nik Wallenda, seorang pemanjat tali yang tahun ini menjadi orang pertama yang berjalan pada kawat di atas air terjun Niagara di Amerika Syarikat.

Aksi Wallenda pada Jun  tahun lalu menyedot perhatian 1 miliar pemirsa televisyen di Amerika. Pemeran pengganti berusia 33 tahun ini beraksi meniti kabel besi setebal 5 sentimeter pada ketinggian 600 meter. Ia menghabiskan 25 minit melintasi perbatasan Kanada dan Amerika.

Kidogo mungkin perlu banyak waktu untuk menyamai prestasi Wallenda. Namun, ulah unik dan jenaka yang dia buat baru-baru ini membuktikan bahawa Kidogo mulai beradaptasi dengan lingkungan barunya. "Dia sekaligus pamer kemampuan ke gorila betina," ujar pawang. 
 SUMBER
ReadFull Article ..