Tampilkan postingan dengan label boleh. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label boleh. Tampilkan semua postingan
Sabtu, 08 Maret 2014
Dr Ling boleh tidur lena kerajaan tidak buat rayuan kes PKFZ
OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
November 08, 2013
November 08, 2013
Sehingga tarikh tutup tamat jam 4 petang hari ini di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, tidak ada permohonan untuk membuat rayuan kes difailkan.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Asmadi Asnawi telah membebaskan Dr Ling pada 25 Oktober lepas.
Alasan yang diberikan adalah pihak pembela telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.
Sepanjang pendakwaan, sembilan saksi telah dikemukakan dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad antara saksinya.
Hakim berkata, kenyataan Dr Mahathir telah menyelamatkan Dr Ling dari pendakwaan ini.
Dr Ling didakwa telah menyebabkan Kabinet meluluskan pembelian tanah yang menyebabkan kerugian kepada kerajaan.
Projek PKFZ asalnya dianggar berharga RM1.1 bilion selepas dimulakan oleh Dr Ling pada tahun 1997 namun ia menjadi empat kali ganda iaitu RM4.6 bilion pada tahun 2007. – 8 November, 2013.
The Malaysian Insider
Kamis, 26 Desember 2013
Isu kalimah ALLAH Boleh larang jika mudarat

Abdul Gani Patail
KUALA LUMPUR - Inti pati daripada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes "The Herald" ialah Menteri Dalam Negeri mempunyai budi bicara untuk melarang penggunaan perkataan yang boleh memudaratkan atau berkemungkinan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam, kata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Dalam kenyataan hari ini, Abdul Gani berkata selagi budi bicara itu dilaksanakan secara mengikut undang-undang, wajar, rasional dan mengikut kadarnya, maka mahkamah tidak akan campur tangan terhadap budi bicara menteri berkenaan dalam perkara ini.
"Jabatan Peguam Negara menasihati orang ramai supaya menghormati dan mematuhi keputusan Mahkamah Rayuan serta mengelak daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh menjurus kepada perbuatan menghina mahkamah," katanya.
Abdul Gani membuat kenyataan itu sebagai respons terhadap penghakiman pada 14 Oktober yang membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 31 Disember 2009.
Mahkamah Tinggi itu meluluskan permohonan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur (Titular) bagi mendapatkan semakan semula kehakiman terhadap keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Jan 2009, yang melarang Titular daripada menggunakan perkataan Allah dalam teks bahasa Melayu majalah The Herald.
Abdul Gani menegaskan bahawa keputusan Mahkamah Rayuan itu hanya terhad kepada penerbitan teks berbahasa Melayu dalam majalah tersebut.
Menurut beliau, dalam perenggan 30 penghakimannya, Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim membuat keputusan bahawa Al-Kitab dan majalah itu adalah dua penerbitan yang berbeza sama sekali.
"Al-Kitab adalah versi Bible dalam bahasa Melayu bagi kegunaan penganut Kristian di gereja, manakala The Herald merupakan akhbar dalam talian yang boleh diakses oleh pembaca beragama Islam dan bukan Islam," katanya.
"Hakim itu seterusnya menyatakan bahawa oleh itu, kebenaran yang diberi menteri berkenaan bagi percetakan dan penerbitan Al-Kitab, yang mengandungi perkataan Allah, tidak boleh diambil kira sama seperti yang merujuk kepada The Herald," kata Abdul Gani.
Beliau berkata Mahkamah Rayuan dengan sebulat suara memutuskan bahawa perlindungan dari segi perlembagaan yang diberi kepada seseorang dalam mengamalkan agamanya, terhad kepada amalan yang integral dan menjadi bahagian penting bagi sesuatu agama.
"Mahkamah itu memutuskan bahawa penggunaan perkataan Allah dalam versi bahasa Melayu The Herald bagi merujuk kepada Tuhan, bukan merupakan bahagian integral atau bahagian penting dalam agama Kristian dan oleh itu, tidak mewajarkannya diberi jaminan di sisi perlembagaan mengikut Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan," jelas beliau. - Bernama
Langganan:
Postingan (Atom)