Tampilkan postingan dengan label ustaz. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ustaz. Tampilkan semua postingan

Senin, 03 Februari 2014

Gambar perkahwinan kedua Ustaz Syed Abdul Kadir Syed Hussin AL Joofre dengan Salima AF

30 Nov 2013

Subhanallah!!! ... Tahniah diucapkan kepada Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre yang telah selamat diijabkabulkan menjadi suami yang sah kepada Salima AF4.

Pihak Omak Kau difahamkan, pernikahan dan majlis resepsi diantara Ustaz Syed Abd Kadir Aljoofre dan Salima telah berlangsung di kampung halaman Salima di Chemor, Perak.

Kepada Ustaz Syed Abd Kadir dan Salima, Omak Kau ucapkan tahniah sekali lagi dan doa ini ditujukan khas buat pasangan raja sehari ini. Semoga dapat meluaskan lagi pengaruh dakwah di bumi Malaysia

Barakallahu lakuma wabarakah ‘alaikuma wajama’a baina kuma fikhair.
Omak Kau
ReadFull Article ..

Rabu, 01 Januari 2014

Ustaz Kazim masih berteka teki



  • Mohammad Kazim Elias
SHAH ALAM – Pendakwah popular, Mohammad Kazim Elias mengesahkan sudah keluar daripada Pas, tetapi masih meninggalkan tanda tanya mengenai isu pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Beliau menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan Parlimen semalam dan menyerahkan kepada Presiden Umno itu untuk mengumumkan kedudukannya berkaitan isu pelantikan itu.

Pertemuan selama sejam itu turut melibatkan perbincangan mengenai syarat tugas berkaitan dakwah yang beliau jalankan selama ini.

Mohammad Kazim, ketika ditemui media selepas pertemuan itu, enggan mengulas panjang.

language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">

Katanya beliau menyerahkan kepada Najib untuk memilih masa yang sesuai bagi membuat pengumuman mengenai kedudukannya dalam isu pelantikan tersebut.

Beliau, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, juga mengumumkan keluar secara rasmi daripada Pas.

Beliau menyifatkan sikap keterbukaan Najib mengundangnya menganggotai MT Umno itu sebagai bukti bahawa perdana menteri serius untuk membawa transformasi dan meluaskan peranan pendakwah dalam parti itu. SH
ReadFull Article ..